Second Life @ Kehidupan Kedua

Ditulis oleh : Nurullsuhani bt Haron


 Second life (S.L) atau kehidupan kedua merupakan satu animasi berbentuk 3D yang menggunakan internet dan mempunyai laman web seperti web-web yang lain dan pengguna mestilah membentuk avatar untuk mewakili diri pengguna serta memudahkan untuk berhubung dengan pengguna lain dalam persekitaran sintetik atau synthetic environment. Second life mula dilancarkan pada tahun 2003 oleh Linden Lab(Secondlife.com, 2018). Pengguna SL dibenarkan dan digalakkan dalam memilih pakain,pembinaan bangunan dan lain-lain item seperti kereta, landskap serta berjumpa dan melawat pengguna lain dan baru.

 Disamping itu, SL bukanlah suatu jenis permainan mahupun game, dalam mencapai objektif menyempurnakan sesuatu tingkat mahupun level, sebaliknya ia merupakan dunia maya untuk mengakses melalui 3D mengunakan internet. Dunia maya ini bukan sahaja tergolong dalam individu sahaja malahan ia juga boleh hadir dalam bentuk berkumpulan dan boleh bercakap dan bersua muka. Pencipta SL, Linden Lab turut menyediakan SL untuk remaja berusia 13 hingga 17 tahun dengan sepenuhnya berbeza daripada SL yang utama dan lebih dikenali sebagai Teen Second Life. Menurut Linden Lab juga, terdapt 300 universiti yang menjalankan kajian tentang dunia maya kehidupan kedua ini (Virtual Word of Second Life), (Michels,2008). Penggunaan SL bergantung kepada pemilihan kita, sebagai contoh SL boleh menjadi sesuatu yang positif mahupun negatif mengikut acuan pengguna SL tersebut.


Oleh itu, SL juga dikenali dalam organisasi pendidikan seperti New Media Consortium (NMC) dan International Society for Technology Education (ISTE) yang telah membina pulau didalam SL. Memandangkan penggunaan dunia maya semakin bertambah, SL menjadi semakin popular bukan sahaja golongan pendidik malahan bukan pendidik juga. Pendidik memilih SL kerana mereka percaya bahawa SL membenarkan ruang dan masa yang terhad itu mampu dimanipulasikan dengan hanya berimaginasi, (Vogel,Guo,Zhou Tian, & Zhan,2008), perkara ini menyebabkan hadirnya tahap realisme dengan risiko yang minimum , menggalakan tempat yang sangat besar untuk tujusn pembelajaran formal ( Pence, 2007). Seterusnya, seperti definisi SL dimana SK bukanlah suatu jenis permainan tetapi lebih kepada “Meminjamkan Diri Sendiri Untuk Menjenlajah Ke Dalam Dunia Maya Yang Lebih Subjektif” (deWinter & Vie, 2008). 

 Terdapat satu kajian yang telah dilakukan, dimana pengkaji Amerika Syarikat (US) tersebut mengkaji adakah dunia maya patut diteruskan sebagai sebahagian proses pembelajaran, serta adakah para pendidik perlu meneruskan SL ini sebagai alat untuk pembelajaran. Kajian dilakukan di sebuah universiti di sana. Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati ia mempunyai beberapa kekangan seperti penerimaan pelajar dalam SL sebagai alat pendidikan, masalah teknikal, ganguan daipada avatar yang tidak berkaitan dengan kelas, maklumat salah dan pendedahan kepada pornografi. Melalui masalah-masalah sedemikian, pengkaji tersebut telah mengeluarkan cadangan berbentuk solusi untuk para pendidik mengunakan SL sebagai alat untuk pembelajaran dan forum. Menghubungkan SL sebagai peranan dalam mengadakan aktiviti dan mengenal peranan gender. Antara cadangan penyelidik, menghubungkan kursus yang diambil pelajar dengan objektif yang jelas berserta aktiviti di SL, memberi peluang belajar kepada pelajar dalam menyesuaikan persekitaran maya, dan menggalakan pelbagai jenis interaksi sosial. 

 Akhir sekali, SL memiliki kebaikan dan keburukan tersendiri bergantung kepada individu tersebut mengendalikanya. SL juga merupakan peluang untuk seseorang mencipta interaksi dengan dunia maya dan sukar untuk dihapuskan. Kegunaan SL juga mampu mencipta wang selagi mana individu tersebut bijak mengendalikannya.



Rujukan

deWinter,J.& Vie,S.(2008). Press Enter to “Say”: Using Second Life to teach critical media literacy. Computers and Composition,25(3),312-322.
Hew, K. (2008). Use of audio podcast in K-12 and higher education: a review of research topics and methodologies. Eduational Technology Research and Development, 57(3), 333-356. http://dx.doi.org/10.1007/s11423-008-9108-3
Michels,P. (2008). Universities use Second Life to teach complex concepts. Govtech.com.
Article retrieved April 1,2018: http://www.govtech.com/gt/252550
Official site / Second Life- Virtual Worlds, Virtual Reality, VR, Avatars, Free 3D Chat. (2018). Secondlife.com. Retrieved 1 April 2018, from http://secondlife.com/.
Pence,H. (2007-2008). The homeless professor in Second Life. Journal of Educational Technology Systems,36(2),171-177
Vogel, D. Guo, M., Zhou, P., Tian,S.,& Zhang,J.(2008). In search of Second Life nirvana.
Issues in informing science and information technology 5(2008),11-28 


Comments

  1. Yeah i find that SL is a medium where people can be what they want to be in the real world as they have chosen their own avatar and chose the life that they want to be into. It is intense, a lot of pros and cons however.

    ReplyDelete
  2. a new knowledge for me. It is so interesting topic to explore.

    ReplyDelete
  3. after having the movie, ready player one, i have a mind that, second life actually a platform for people run away from cruel reality in real life
    besides, it actually a way to achieve one's dream that hardly achieve in real life.

    ReplyDelete
  4. I agree with Yu Jhan, I also watch Ready Player One. My opinion is peoples can be anyone they wanted to be in SL or run away from reality for a moment and enjoyed in virtual life as avatar.

    ReplyDelete
  5. The movie Ready Player One had beautifully illustrate virtual life advantages given to the society. It can be a place for everyone to perform and be whoever they want to be regardless of gender or lifestyle. But at the end of the movie, there's a line which I seriously agree is whatever that happens in reality is real. Therefore, we must also cherish our reality but not overly addicted to virtual world

    ReplyDelete
  6. I see you guys talking about the movie Ready Player One and gave us lessons about not going to deep into a virtual world, but from the japanese animation Sword Art Online, the main characters are stuck in a virtual game and will loose their lives in the real world if they die in the game. From this, the characters start to fight out of the game and learnt to cherish their kives in the real world better than they did before.

    ReplyDelete
  7. Being in SL is a good escape from the reality. We can make new personality that we want and meet new friends. For my opinion SL can make our social circle bigger.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts