Permainan Atas Talian; Kebaikan dan Keburukan


By Intan Rabiatul Natasha

‘Online gaming’ sudah menjadi antara satu kewajipan bagi anak-anak muda untuk meluangkan masa mereka sama ada bersama rakan atau secara bersendirian. Ada di antara mereka yang mempunyai komuniti permainan atas talian tersendiri dan berhubung dengan ramai lagi pemain di serata dunia. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam fenomena tersebut.
Antara kebaikan nya adalah mereka dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame sendiri dengan berkongsi pelbagai pandangan berkenaan permainan atas talian tersebut mahupun hal yang tidak berkaitan. Mereka boleh mengenali antara satu sama lain dan berkongsi pandangan atau minat yang sama dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai contohnya.
Selain itu, permainan video atas talian ini membolehkan pemainannya untuk berfikiran lebih kreatif  kerana mereka perlu berfikir tentang strategi untuk menang permainan berkenaan dan mereka harus berkerjasama di dalam satu pasukan untuk menjadi juara. Tahap kesukaran permainan bergantung kepada siapa lawan mereka atau bagaimana mereka berhadapan dengan musuh dan ini membantu melatih mereka untuk bekerjasama di dalam satu pasukan dan mereka boleh bersedia untuk berhadapan dengan alam reality seperti di dalam organisasi yang memerlukan mereka bekerjasama di dalam satu pasukan.


Permainan video atas talian ini turut menyumbang kepada beberapa keburukan yang boleh memberi kesan terhadap pemain itu sendiri. Antaranya ialah, menghabiskan terlalu banyak masa di depan computer boleh menjejaskan prestasi penglihatan mereka sendiri. Kebanyakan pemain tegar terpaksa memakai cermin mata kerana tahap rabun dan silau mereka semakin tinggi.
Selain itu, menghabiskan masa yang terlalu lama di depan computer membuatkan mereka lebih susah untuk bergaul dengan masyarakata di alam reality. Kemahiran berkomunikasi mereka terjejas dan ini menyebabkan ada di antara mereka yang lebih gemar berkomunikasi di alam maya berbanding reality.
Kewujudan permainan video yang meruntuhkan moral juga semakin banyak, sebagi contoh terdapat banyak permainan video di mana karakter terbabit merupakan seorang perempuan yang tidak berpakaian dan ada adegan 18SX di dalam permainan video tersebut di mana ianya sangat tidak sesuai dengan budaya di dalam negara kita.
Kesimpulannya, permainan video atas talian ini mendatangkan banyak kebaikan dan tidak ketinggalan turut mendatangkan keburukan yang boleh meruntuhkan moral. Sebaiknya setiap pemain mempunyai prinsip yang tersendiri dan berhibur menggunakan cara yang betul dan meninggalkan apa yang tidak patut.

Comments

  1. Good evening, I do believe that online gaming has become a 'thing' among teenagers in this era and it brings pros and cons as well. In my opinion, whether it is pros or cons, people get to choose how they use their time. It is how they want to lead their loves after all. Despite this, I also believe that taking care of one's health, is one's responsibility .

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this meaningful info. I totally agree that online gaming nowadays had really been playing a great role. It is not abnormal now to hear news or incidents where couple got divorce because of online video games. In my opinion, although video gaming is quite interesting and attractive, one should know how to control their limit in gaming.

    ReplyDelete
  3. Video gaming is no doubt a stress releasing entertainment for all. However, I think that gamers should be mature enough to realise that video games should not interrupt their daily life routines.

    ReplyDelete
  4. Hai semua, permainan video sebenarnya juga amat digemari oleh kanak-kanak dan jika tidak dikawal ia akan menyebabkan ketagihan sehingga tidak mahu berhenti bermain dan melakukan aktiviti lain. Saya pernah membaca satu berita tentang seorang pemuda yang tidak berhenti bermain permainan video di sebuah cyber cafe, sehingga menyebabkan dia lumpuh sebelah badan kerana terlalu lama tidak bergerak. Tidak salah kita ingin bermain permainan video, tetapi perlu ada had masa dan hendaklah kita melakukan aktiviti lain juga.

    ReplyDelete
  5. terima kasih natasha. satu info yang menarik. saya setuju dengan kenyataan awak dimana permaianan video atas talian mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. info tambahan dengan permainan video, ia menjadikan sesuatu individu lebih fokus dan cepat bertindak bukan sahaja di atas talian malah di dunia realiti juga. namun keburukannya terdapat masalah seperti masalah penglihatan seperti yang diberitahu natasha serta kurang deria menyentuh dan berinteraksi antara satu sama lain. oleh itu, tidak salah bermain permainan video atas talian tetapi perlu had masa.

    ReplyDelete
  6. Hai, I think online game has it good and bad side. If we play online game to release stress or to fill up some time. In contrast, don't addicted to it.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts